expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, June 15, 2014

KIM KARDASHIAN TAK BERUBAH WALAUPUN SELEPAS KAHWIN



Bintang realiti TV popular, Kim Kardashian masih lagi dengan sikap dan penampilan yang liar walaupun selepas berkahwin dengan penyanyi rap popular Kanye West. Perkahwinan nampaknya tidak menjinakkan Kim!

Baru-baru ini sewaktu hadir memberi sokongan pada suaminya ketika membuat persembahan untuk Bonnaroo Music And Arts Festival di Tennessee, Kim Kardashian dengan berani telah mengenakan baju yang sangat jarang serta memakai coli kecil berwarna kulit yang membuatkan dia nampak seolah-olah tidak memakai apa-apa. 

Kehadiran Kim di festival itu untuk memberi sokongan pada suaminya telah membuat semua mata penonton seramai 100,000 orang tertumpu ke arahnya dengan pakaian yang begitu mendedahkan tubuhnya itu yang dikenakan dengan sehelai seluar jeans putih. 

Buah dadanya kelihatan begitu menonjol ke hadapan dalam pakaian itu namun dia nampaknya begitu bangga apabila beraksi di depan kamera dan terus memuat naik gambar-gambar tersebut ke Instagram.

Pasangan ini dibawa pulang dengan pesawat peribadi mereka untuk persembahan pertama Kanye setelah pulang daripada berbulan madu bersama Kim di Ireland dan Prague serta percutian bulan madu kedua mereka di Mexico.

Semasa bercuti di Punta Mita, Mexico, Kim yang berusia 33 tahun itu juga telah memuat naik gambar-gambar seksinya dengan berbikini putih di sebuah kolam renang. Dia dengan bangga membuat pelbagai aksi santai dalam bikini itu untuk menayangkan percutian mewahnya itu sebelum berkongsi gambarnya di Instagram.


Edited by;
Farahhasina