expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, June 10, 2014

PSY MENGGILA LAGI! (LIHAT GAMBAR DAN VIDEO)


Selepas kejayaannya menggemparkan dunia dengan 'Gangnam Style', penyanyi sensasi Korea, Psy kini kembali menggila dalam klip video lagu terbarunya 'Hangover'. Single terbarunya ini merupakan kolaborasi Psy dan Snoop Dogg yang telah dilancarkannya berserta klip video gila-gila yang sememangnya menjadi 'trade mark' Psy.

Sesuai dengan tajuknya 'Hangover' atau mabuk, klip video ini dipenuhi pelbagai aksi gila-gila Psy dan Snoop Dog dalam keadaan mabuk terlampau yang berkaraoke dan berpesta bersama-sama rakan-rakan di Korea Selatan.

Klip video sensasi Psy kali ini yang baru 2 hari dimuat naik ke YouTube telah ditonton oleh lebih 22 juta orang dari seluruh dunia.

Single terbaru Psy ini dijangka mampu mencabar kehebatan 'Gangnam Style' yang melonjakkan nama penyanyi itu di seluruh dunia. Gandingan Psy dan Snoop Dog ini dilihat sebagai strategi untuk menarik minat lebih ramai peminat muzik dari pelbagai etnik bangsa dan ini pastinya memberi tamparan hebat pada penyanyi seperti Justin Bieber yang dengan jelas menunjukkan sentimen perkaumannya.

By;
Farahhasina