expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, June 9, 2014

ZAQUAN ADHA MAIN KAYU TIGA?



Semalam heboh kisah pemain bola sepak sensasi, Zaquan Adha yang dikatakan main kayu tiga apabila dia didakwa bermain kata cinta bersama seorang gadis di WeChat. Malah ada pula pihak yang telah mengesahkan bahawa semua perbualan mesej yang tersebar itu memang milik ID Zaqwan.

Kontroversi yang melanda ini banyak menjejaskan reputasi Zaquan Adha dan isterinya Ayu Raudhah. Pelbagai komen diberikan peminat menerusi Instagram milik Ayu Raudhah.

Akhirnya, aktres jelita itu tampil memberikan penjelasan berhubung kontroversi yang melanda mereka ini. Menurut satu sumber, Ayu Raudhah menjelaskan bahawa ID WeChat yang terdapat dalam screenshot yang disebarkan itu adalah palsu dan bukan ID sebenar Zaquan.

“Sebenarnya semalam saya dah terima foto screenshot itu daripada wanita bernama Miranda Kerr. Dia beritahu kawan dia yang sering berbalas mesej dengan suami saya. So, dia rasa bertanggungjawab nak bagitahu saya"

"Tapi saya terkejut bila dapat tahu bahawa media telah mendedahkan hal ini. Cuma saya nak jelaskan bahawa itu bukan WeChat ID Zaquan. Malah, Zaquan menggunakan gambar lain dalam aplikasi WeChat dan saya pun tahu akaun WeChat Zaquan” jelasnya.

Dia juga tidak menolak kemungkinan ada pihak yang sengaja menyebarkan perkara ini untuk memporak perandakan rumahtangga mereka berdua.

“Saya pun tak tahulah siapa yang buat semua ini. Tetapi, yang pasti perkara ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada rumahtangga saya. Mungkin saya akan ambil tindakan lanjut selepas ini” katanya lagi.

Ayu Raudhah memberikan penjelasan itu selepas banyak pihak cuba mendapatkan kenyataannya berhubung kontroversi itu.

Edited by
Farahhasina