expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, July 6, 2014

BENARKAH SHAH RUKH KHAN PELAKON KEDUA TERKAYA DI DUNIA?



Percaya atau tidak, anggaran kekayaan aktor Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan kini bernilai $ 600,000,000 yang sekali gus menjadikannya aktor kedua terkaya di dunia selepas Jerry Seinfeld yang memiliki kekayaan bernilai $ 820,000,000.

Senarai 10 pelakon terkaya itu diterbitkan oleh data Wealth-X yang berpangkalan di Singapura. Senarai yang mengetengahkan beberapa fakta mengecewakan mengenai industri hiburan ini dimonopoli eksklusif oleh lelaki melebihi usia 40an. 

Shah Rukh Khan telah menempa nama dan membawa kejayaan besar dalam industri perfileman yang sekali gus membuktikan bahawa Hollywood bukan lah satu-satunya cara untuk mencapai kejayaan yang gah dalam hiburan antarabangsa.

Walaupun beberapa filem Shah Rukh Khan telah mencapai kejayaan antarabangsa seperti 'My Name is Khan' faktor kejayaan yang paling besar yang menyumbang kepada kekayaan melampau dan status selebriti beliau adalah sumbangan penonton India dan industri hiburan India. 

Industri Bollywood menghasilkan lebih kurang 1,000 filem setahun, hampir dua kali ganda bilangan yang dikeluarkan Hollywood. Menurut laporan, kepadatan penduduk India membuatkan industri perfilemannya cukup besar bagi Shah Rukh Kan Khan menjadi lebih berjaya dari segi kewangan menewaskan pelakon-pelakon Hollywood seperti Tom Cruise atau Tom Hanks.

Berikut adalah senarai 10 pelakon terkaya di dunia menurut laporan Wealth-X. Ternyata Shah Rukh Khan adalah satu-satunya pelakon Bollywood sedangkan nama-nama lain semuanya mencipta nama di Hollywood.

Senarai 10 Pelakon Terkaya di Dunia
1. Jerry Seinfeld, $820 million
2. Shah Rukh Khan, $600 million
3. Tom Cruise, $480 million
4. Johnny Depp, $450 million
4. Tyler Perry, $450 million
6. Jack Nicholson, $400 million
7. Tom Hanks, $390 million
8. Bill Cosby, $380 million
9. Clint Eastwood, $370 million
10. Adam Sandler, $340 million