expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, July 28, 2014

ISTERI PELAKON EZANY NIZARIFF HILANG


Belum reda dengan isu penceraian, pelakon Ezany Nizariff sekali lagi dilanda musibah apabila dia mendakwa isterinya dilarikan oleh seorang lelaki di rumahnya di Seri Kembangan, Puchong, Khamis lalu.

Ezany ketika ditemui di Balai Polis Kinrara berkata, dia menyedari kehilangan isterinya, Lizda Nuryanti Abidin, 32, kira-kira pukul 4.30 pagi ketika dia hendak bersahur.


“Bila bangun, saya tengok dia sudah tiada dan saya kemudian turun ke tingkat bawah rumah mencarinya sebelum menyedari pintu utama tidak berkunci. Saya berkali-kali hubungi telefon bimbitnya tetapi gagal. Saya juga menelefon ahli keluarganya di Labuan, namun mereka maklumkan Lizda tidak pulang ke kampung pun,” katanya selepas membuat laporan polis semalam.

sumber : Kosmo!