expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, July 22, 2014

SCHA ALYAHYA SELAMAT BERSALIN


Aktres Scha Alyahya atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 31, telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.17 kilogram pada pukul 5.50 petang semalam di Pusat Perubatan Prince Court.

Suaminya, Awal Ashaari, 33 menerusi laman Instagramnya pada pukul 11.40 pagi tadi telah memuat naik gambar yang menampakkan jarinya digenggam oleh bayi perempuannya dan turut memberitahu bahawa isteri serta anaknya itu kini berada dalam keadaan selamat.

"Terima kasih kepada semua termasuk ahli keluarga, rakan-rakan serta peminat yang tidak putus mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kami anak-beranak, hanya Allah sahaja yang membalasnya,'' kata Awal.