expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, July 12, 2014

STEVEN SPIELBERG DIMAKI PENGGUNA FACEBOOK KERANA BUNUH DINOSOUR


Steven Spielberg telah dikecam oleh banyak pengguna Facebook selepas gambar pengarah tersohor dunia itu bersama props mekanikal sejenis dinosour 'Triceratops' untuk set filem tahun 1993, Jurassic Park, yang dikongsi di laman sosial itu disala tafsirkan oleh sesetengah pengguna Facebook.


Gambar tersebut pada asalnya telah dimuat naik oleh Jay Branscomb rentetan daripada tindakan Facebook memadam gambar penari sorak Texas, Kendall Jones, yang memuat naik gambar edit dirinya bersama haiwan yang dibunuh seperti harimau dan singa.  Branscomb berkongsi gambar itu sebagai menyindir dengan unsur jenaka, bersama kapsyen berbunyi;

"Foto hina seorang pemburu yang gembira bergambar bersebelahan dengan Triceratops yang dibunuhnya. Sila kongsi gambar ini supaya dunia boleh mengecam lelaki keji ini."

Amat menghairankan, apabila beberapa beberapa pengguna Facebook yang tidak meyedari bahawa gambar itu diambil dari set Jurassic Park dan terus sahaja mempercayai bahawa Spielberg telah membunuh seekor dinasour iaitu haiwan yang telah pupus kira-kira 66 juta tahun yang lalu.

Gambar yang telah dikongsi lebih daripada 33,000 kali telah menarik ribuan komen yang pada awalnya datang daripada pengguna Facebook yang begitu jahil kerana tidak menyedari bahawa dinosour telah pupus dan tidak wujud lagi.

Seorang pengguna, Tyrell Patrick telah memaki Spielberg sebagai "anak haram" Manakala seseorang yang bernama,Scoomp Pi menyebutnya sebagai "situasi yang sangat menyedihkan dan menjijikkan"

Pengguna bernama, Becky Daigle pula menulis "Satu hari kita nanti kita akan sedar bahawa kita membunuh semua haiwan di planet ini sedangkan kita perlukan mereka untuk terus hidup Tetapi, apabila kita sedar ia sudah terlambat.."

"Saya tidak tahu bahawa Steven Spielberg adalah seorang pemburu dinosaur. Sekarang saya bukan sahaja marah, tetapi meluat!!" kata Andrea O'Donnell Quran. Manakala pengguna bernama Sondre Jorstad pula berkata, "Mengapa dia membunuh haiwan terancam seperti ini?"

Ini hanyalah sebahagian daripada komen-komen jahil daripada pengguna Facebook tentang gambar Spielberg bersama set filem tersebut.

Sebenarnya banyak lagi komen yang menyatakan kemarahan dan rasa tidak puas hati terhadap pengarah itu yang dikongsi di Facebook. Mereka bukan hanya marah malah memaki Spielberg dengan teruk disebabkan perkara itu.


Edited by;
Farahhasina