expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, August 12, 2014

SHUKRI YAHAYA "SAYA TAK SEHEBAT JERICHO ROSALES"

SHUKRI YAHYA
Pelakon ini mendapat jolokan Jericho Rosales Malaysia disebabkan wajahnya yang dikatakan seiras pelakon kelahiran Filipina itu.

Namun, menurut Shukri Yahaya, dia masih lagi tidak mampu berdiri setanding dengan pelakon terkenal tersebut yang mempunyai ramai peminat daripada pelbagai lapisan usia.

“Walaupun gembira kerana ia adalah bonus untuk saya, jauh di sudut hati timbul juga rasa bimbang kerana saya masih baru dan banyak lagi perkara yang harus saya pelajari sedangkan Jericho pelakon berbakat yagn sudah lama popular di negaranya.

“Justeru saya tidak mahu apabila disamakan dengannya, peminat kecil hati kerana lakonan saya tidak sehebat Jericho,” katanya memetik Harian Metro.

Sementara itu, dalam perkembangan kerjayanya, Shukri bakal tampil dalam drama bersiri Plan B, bergandingan dengan Nur Risteena, Talha Harith dan Zoey Rahman yang akan ditayangkan di TV3.

JERICHO ROSALES