expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, September 13, 2014

AHMAD DHANI MINTA BEKAS ISTERINYA CONTOHI SIKAP ANAK MEREKA


Penyanyi tersohor Indonesia, Ahmad Dhani menyatakan perasaan kurang senang terhadap tindakan bekas isterinya yang sering mengungkit perkara negatif mengenainya ketika berhadapan dengan media.

Dhani meminta Maia Estianty untuk bersikap lebih profesional malah dia menyarankan agar bekas isterinya itu mencontohi anak mereka, Dul.

Menurutnya, segala masalah antara mereka sudah diketahui anak-anak dan dia tidak mahu pula ia sampai ke pengetahuan umum.

“Dul bersikap lebih profesional berbanding Maia ketika menjawab pertanyaan media. Jawapan yang diberikan menunjukkan kebijaksanaannya, justeru saya minta Maia untuk mencontohi sikap Dul itu,” katanya

Ahmad Dhani yang mengadakan sidang media tergempar meluahkan kekecewaannya berhubung sikap Maia terutama membabitkan tuduhan mengenai khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur penghinaan yang kononnya dihantar penyanyi itu kepada bekas isterinya.

Menurut Maia, SMS itu diterima ketika berlaku konflik antara Ahmad Dhani dan Farhat Abbas yang membabitkan tiga anak mereka Al, El dan Dul.