expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

KLIK PILIH BAHASA

Monday, September 8, 2014

KATE MIDDLETON HAMIL ANAK KEDUA


Putera William kini sedang menantikan kelahiran anak kedua apabila isterinya, Duchess of Cambridge telah disahkan hamil lagi.

Clarence House hari ini mendedahkan bahawa Kate Middleton kini sedang dalam peringkat awal kandungannya namun dia sekali lagi terpaksa mengumumkan berita tersebut sebelum kandungannya itu mencapai tiga bulan.

Pengumuman ini sekali lagi terpaksa dibuat disebabkan oleh Kate yang mengalami 'hiperemesis gravidarum' iaitu satu bentuk alahan yang teruk sehingga telah memaksanya untuk menarik diri daripada penglibatan bersama dengan Putera William di Oxford hari ini.

Semasa kehamilan pertama dahulu, Kate pernah dimasukkan ke hospital dan kali ini dia sedang menerima rawatan daripada doktor di kediaman pasangan itu di Kensington Palace.

Pengumuman tentang kehamilan itu terpaksa dibuat untuk menggelakkan sebarang spekulasi mengenai ketiadaannya dalam majlis penting tersebut.

Menurut koresponden diraja BBC, Peter Hunt, Kensington Palace akan mengumumkan jangkaan bulan kelahiran bayi diraja itu setelah Kate melepasi peringkat 12 minggu kehamilan,

Ia akan diumumkan walaupun jangkaan tepat tentang kelahiran bayi pertama mereka dahulu tidak didedahkan.

Sudah tentu perkhabaran ini tidak akan menghentikan spekulasi tentang bila bayi diraja kedua ini akan dilahirkan dan terdapat pelbagai kemungkinan yang dibuat terutamanya oleh pihak media.

PUTERA GEORGE BAKAL MENDAPAT ADIK TIDAK LAMA LAGI