17 MAY, 2014.
Sebak rasanya melihat situasi ini..jangan lah kita berkata apa-apa..mungkin di tempat tersebut pernah ada kenangan yang tidak boleh d lupakan..mungkin kasih seorang ibu pada anak, kasih seorang istri pada suami, kasih seorang anak pada orang tuanya..renung-renungkan..jika kita berada di tempatnya
Update - Sumber dari blog www.cikguazli.com
Gambar Anita Shiar Solat Tepi Jalan
Gambar Anita Shiar Solat Tepi Jalan. Gambar
yang dikongsi di laman sosial menunjukkan seorang anggota polis trafik sedang
mengawal lalu lintas di lokasi wanita warga Indonesia menunaikan solat di atas
jejambat berhampiran bangunan DBP, Kuala Lumpur.
Mendakwa mendapat ‘hidayah’ untuk berubah,
seorang wanita warga Indonesia mencetuskan tanda tanya apabila dilihat
menunaikan solat dan membaca al-Quran di atas jejambat berhampiran Bangunan
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gambar wanita berkenaan mula tersebar di laman
sosial sejak tengah hari Sabtu hingga menjadi viral apabila dia yang lengkap
bertelekung sedang membaca al-Quran di atas sejadah ditepi jalan. Maklumat awal
mendapati Anita Shiar, 27, mendakwa dia bermimpi ditimpa sesuatu perkara yang
tidak baik lalu bertindak bersembahyang di merata tempat.
Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad
mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. Menurut Zainuddin, wanita yang
ditemui tanpa dokumen pengenalan diri itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur
(HKL) untuk pemeriksaan lanjut. Sementara itu jurucakap HKL mengesahkan wanita
itu kini sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.