expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, May 21, 2014

VENEZUELA PALING BANYAK TERIMA PANCARAN KILAT DI DUNIA

Venezuela Tempat Paling Banyak Menerima Pancaran Kilat di Dunia
Sebuah kawasan di Venezuela mencatat nama di dalam rekod Guinness apabila menjadi tempat paling banyak menerima pancaran kilat iaitu sebanyak 3,600 pancaran bagi setiap sejam.
 
Sijil rekod terbabit diserahkan oleh wakil Guinness Book of World Records, Johanna Hessling kepada Naib Presiden Venezuela, Jorge Arreaza.
 
Fenomena semula jadi di negeri barat Zulia itu dipanggil Kilat Catatumbo, yang menyebabkan pelbagai ribut elektrik dari April hingga November di muara Sungai Catatumbo, penghujung bahagian selatan Tasik Maracaibo.
 
Bilangan panahan kilat ini juga amat mengejutkan; dianggarkan 18 hingga 60 bagi setiap minit, iaitu lebih 3,600 sejam dan 1.2 juta pancaran dalam tempoh setahun di mana setiap kilat berkenaan cukup untuk menyalakan lebih 100 juta mentol lampu, kata Agencia Venezolana de Noticias.
 
Fenomena terbabit dicadangkan kepada Guinness tahun lalu oleh seorang aktivis alam sekitar Venezuela, Erick Quiroga yang memantau kilat selama 17 tahun.
 
Sumber: daily.uk