Selama ini singa dikaitkan sebagai binatang ganas dan ditakuti. Hanya dengan sekali terkam, nyawa manusia dengan mudah melayang di bawah rahangnya.
Namun video yang menjadi viral di bawah lain ceritanya. Seorang lelaki Yaman bukan sahaja selamba memandikan singa malah menjerkah haiwan ini agar memudahkan kerjanya.
Nampaknya di sebalik kegarangan singa ternyata ia mempunyai sikap sama sahaja seperti anjing dan kucing yang kebanyakannya takutkan air.
Bagaimanapun singa dalam video ini dipercayai bukanlah binatang yang dibela di mana-mana zoo tetapi bakal diseludup ke negara jiran pada harga mahal. Penyeludupan haiwan termasuk hidupan liar seperti harimau bintang, harimau kumbang, monyet dan lain-lain adalah perkara biasa di Yaman untuk mendapat keuntungan segera.
Malah harga bagi seekor anak singa boleh mencecah 50,000 Riyal Saudi (RM43,000)