Saturday, May 17, 2014
Wanita Ada Tumor Sebesar Bola Ditolak 4 Hospital
Atlanta – Hanya kerana tidak mempunyai insurans perubatan, seorang wanita yang mempunyai tumor sebesar saiz sebiji bola dalam rahimnya, telah ditolak oleh empat buah hospital.
Meskipun kelihatan sihat namun, Doris Lewis, 59, menghidap tumor dan ketumbuhan itu membesar hanya dalam tempoh dua bulan.
Mujurlah hospital kelima yang dikunjunginya sanggup membuat pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan.
Menurut Lewis, pada mulanya dia menyangka perutnya membesar kerana berat badannya bertambah.
Namun lama kelamaan perutnya semakin sakit dan dia mulai merasai ketumbuhan itu membesar.
“Ia membesar setiap hari. Saya cuba mendapatkan insurans perubatan sejak suami saya meninggal dunia beberapa tahun lalu namun gagal.
“Apabila saya cuba mengambil pelan penjagaan kesihatan mampu bayar, saya telah dimaklumkan bahawa saya sudah terlepas tarikh akhir,’’ katanya.
Akhirnya selepas terlampau sakit, keluarganya menghubungi 911 dan mujurlah doktor di Hospital Universiti Emory sanggup membuat pembedahan meskipun dia tidak mempunyai insurans.