Tuesday, June 10, 2014
AWIE NAFI PUKUL ISTERI DI BANK
Penyanyi rock terkenal tanah air, Ahmad Azhar Othman, 46, atau lebih dikenali sebagai Awie mengambil keputusan untuk merahsiakan apa yang sebenarnya berlaku di sebalik gosip yang timbul ekoran dia didakwa telah memukul isterinya, Rozana Misbun di salah sebuah bank berdekatan Ampang, Selangor beberapa hari lalu.
"Saya enggan mengiyakan atau menafikan tentang insiden yang berlaku. Namun, sekiranya ada yang tampil memberi bukti barulah saya akan memberi komen"
“Ini masalah rumah tangga saya dan saya tidak mahu cerita tentang perkara ini dan buat masa sekarang saya anggap perkara ini adalah fitnah,“ jelas Awie.
“Apa yang saya mahu katakan di sini, sebagai manusia kita semestinya tidak terlepas melakukan kesilapan,” tambah Awie lagi.
Awie turut menegaskan yang laporan akhbar yang disiarkan itu tidak ada menyebut dirinya sebagai individu yang dimaksudkan dan mungkin ditujukan kepada penyanyi lain.
Edited by,
Farahhasina