expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, June 11, 2014

NUR FATHIA MASIH BERSAMA AIMAN



Pelakon drama jelita Nur Fathia Abd Latiff menafikan dakwaan bahawa dia telah berpisah dengan kekasihnya, pelakon Aiman Hakim Ridza.
Desas desus perpisahan Fathia dan Hakim bermula sejak Hakim dikatakan menengking Fathia di tempat awam akibat daripada komen peminat yang diterima secara online tentang hubungan mereka berdua. Insiden itu dikatakan telah memusnahkan hubungan cinta mereka pasangan ini.
Dalam satu kenyataan yang dipetik, Fathia berkata, “Aiman tak pernah menengking saya di hadapan orang ramai dan saya kesal dengan tuduhan itu. Kami selalu bergurau dan adakalanya nampak kasar tapi itulah cara kami. Mungkin ada yang menilai perbuatan itu seperti kami bergaduh besar,” 
“Kami masih bersama dan hubungan kami tiada masalah, cuma kalau ada pun ia lumrah dalam bercinta. Mungkin selepas ini, kami akan lebih banyak berdiam diri dan tidak terlalu terbuka berkongsi cerita cinta lagi memandangkan timbul pula kisah kurang elok tentang kami,” tambah Nur Fathia lagi.
Nur Fathia membuat komen berkenaan sekaligus menafikan dakwaan bahawa komen peminat yang dihantar di laman sosial itu telah menjejaskan hubungannya dan Aiman seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Edited By,
Farahhasina