expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, June 11, 2014

FARHAN DICAKAR ABBY PUNCA SEBENAR PERCERAIAN



Setelah perceraian Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah disahkan di Mahkamah Syariah Rendah Gombak Timur, kini mungkin ramai peminat dunia hiburan tanah air yang tertanya-tanya apakah punca sebenar perceraian itu yang belum pun menjangkau setahun.

Rata-rata pihak media sebelum ini engambil kenyataan dari Abby Abadi sahaja berhubung isu tersebut, namun apa pula komen bekas suaminya, Muhammad Nor Farhan Che Bakar tentang kisah di sebalik perceraian mereka?

Sebuah laman sosial hiburan terkemuka hari ini telah mengeluarkan komen dari bekas suaminya itu yang mendakwa terdapat faktor lain yang menjadi punca berlakunya penceraian antara mereka.

Paling mengejutkan apabila Farhan dikatakan telah dicederakan secara fizikal di bahagian muka, tangan dan lengan oleh bekas isterinya itu.

"Saya telah dicakar, Abby kata saya tidak membawa kepentingan padanya serta tidak membawa apa-apa faedah untuk meneruskan hubungan suami isteri," katanya kepada media selepas perbicaraan kes penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

"Saya telah membuat laporan polis untuk dijadikan sebagai bukti sekiranya hakim memerlukannya tetapi kes penceraian kami diselesaikan secara baik dan dipersetujui kedua-dua pihak." katanya.

Menurutnya Farhan lagi, Abby sering meminta wang dan dia akan dimarahi sekiranya tidak diberikan jumlah yang dikehendakinya. Farhan juga menafikan dakwaan yang mengatakan dia sering keluar malam dan berkaroke dan hal itu tidak tepat seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Mengulas tentang kemungkinan untuk dia berbaik dengan Abby, Farhan mengatakan bahawa dia sudah tawar hati dan tidak mungkin kembali semula bersama Abby.

Edited by,
Farahhasina