expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, June 11, 2014

ABBY ABADI SAH BERCERAI KALI KEDUA


Lagi berita perceraian artis, kali ini bagi pasangan Abby Abadi dan suami keduanya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar. Berita tentang kes rumahtangga Abby menjadi perbualan hangat sejak minggu lepas.

Hari ini, Abby sah bercerai talak satu selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur mensabitkan lafaz cerai luar mahkamah melalui SMS yang dihantar Muhammad Noor Farhan pada 9 Mei lalu.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin membuat keputusan itu selepas meneliti semua dokumen dan mendengar keterangan kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, cerai pertama pada Januari lalu yang dihantar Muhammad Noor Farhan juga melalui SMS kepada rakannya tidak disahkan. Ini kerana mahkamah tidak mensabitkan jatuhnya talak tersebut kerana SMS itu adalah lafaz yang tidak sah disebabkan tidak memenuhi rukun dan syarat sah talak.

Pasangan Abby dan Farhan mendirikan rumah tangga secara rahsia pada 9 Julai tahun lalu di selatan Thailand setelah berkenalan selama dua minggu dan rumahtangga mereka berakhir sebelum genap setahun usia perkahwinan mereka.

Ini merupakan perceraian kali kedua Abby setelah rumah tangganya dengan pelakon Normah Hakim juga berakhir dengan perceraian.

Edited by,
Farahhasina