expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, June 2, 2014

TAKSUB K-POP, SANGGUP JALANI 10 PEMBEDAHAN PLASTIK




Seorang lelaki Brazil yang terlalu taksub dengan budaya Korea dan K-Pop sanggup bertindak ekstrem sehingga melakukan 10 kali pembedahan plastik dengan kos US$31,000 semata-mata untuk mengubah rupanya agar kelihatan seperti orang Asia.

Xiahn, 25 yang lebih dikenali di online sebagai Oriental Gaucho, meluangkan masa berjam-jam menonton drama Korea dan mendengar lagu-lagu K-Pop secara berterusan sehingga akhirnya mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan plastik sebanyak 10 kali supaya dia kelihatan benar-benar seperti orang Korea.

"Seperti yang kita semua sedia maklum, terdapat pelbagai bentuk mata orang Asia, jadi saya melakukan 1 pembedahan major pada mata untuk mendapatkan rupa dan penampilan yang saya inginkan" kata Xiahn atau nama sebenarnya Max yang berasal dari bandar Novo Hamburgo di selatan Brazil.

Perubahan ekstrem Xiahn itu mendapat pelbagai reaksi, ada yang menyukainya dan ada juga yang mengkritik. Namun bagi Xiahn itu adalah perkara biasa dalam kehidupan. Walaupun dirinya kini berubah, dia masih merasakan dirinya seorang warga Brazil kerana di Brazil terdapat darah campuran. Kini Xiahn merancang untuk berpindah ke Korea Selatan secepat mungkin.