expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, June 2, 2014

ANGELINA JOLIE ENGGAN BERKAHWIN KERANA TIADA GAUN PENGANTIN


Aktres ternama Hollywood Angelina Jolie menyatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengahwini tunangnya Brad Pitt dalam tempoh terdekat ini kerana tiada gaun pengantin untuk perkahwinan mereka.

Pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt telah mengikat tali pertunangan selama lebih 2 tahun. "Tiada apa pun yang telah disediakan. Saya masih belum mempunyai gaun pengantin dan setakat ini tiada apa pun keperluan perkahwinan yang telah berjaya kami siapkan walaupun kami faham kami sentiasa menjadi tumpuan umun" kata aktres jelita yang kini berusia 38 tahun itu.

Angeline dan Brad Pitt, 50 kini sibuk menguruskan 6 anak angkat jagaan mereka yang berusia antara 5 hingga 12 tahun. Angelina Jolie berkata dia dan Brad Pitt sentiasa berbincang tentang perkahwinan mereka dengan anak-anak dan selalu membayangkan bagaimana hari bersejarah mereka nanti.