expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

KLIK PILIH BAHASA

Monday, June 2, 2014

ACARA TAHUNAN BERBASIKAL SAMBIL BERBOGEL

 


Sukar dipercayai namun inilah yang benar-benar berlaku dalam World Naked Bike Ride yang dianjurkan sebagai demonstrasi tahunan untuk menarik perhatian pengguna jalanraya bagi kenderaan berenjin agar lebih prihatin terhadap penunggang basikal.

Acara tahunan ini diadakan di beberapa lokasi di United Kingdom dan beberapa negara lain di dunia. Berbasikal sambil berbogel merupakan satu cara untuk menunjukkan protes dengan konsep bahawa pengguna jalan raya lain kurang perasan akan kewujudan penunggang basikal yang lengkap berpakaian namun kewujudan mereka pasti disedari tanpa pakaian

Lelaki-lelaki yang menyertai acara ini telah diberi amaran agar tidak terlalu teruja dengan kehadiran peserta-peserta wanita yang berbogel. Dalam acara terbaru yang berlangsung di Canterbury pada 31 May 2014, dianggarkan lebih dari 200 orang menyertai demonstrasi tersebut.

Simon Terry, penganjur di Canterbury, Kent berkata "Kami amat kecewa dengan sikap segelintir peserta pada tahun 2013 yang gagal mengawal sikap dan tingkah laku mereka. Pihak polis telah bersiap sedia untuk mengeluarkan mana-mana individu yang bertindak tidak senonoh atau kurang sopan"