expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, June 13, 2014

JENNIFER LOPEZ DAPAT BOYFRIEND BARU



Peminat Jennifer Lopez pasti telah mengetahui tentang berita perpisahan penyanyi sensasi itu dengan Casper Smart yang merupakan seorang penari.Pasangan ini sempat berpacaran selama lebih daripada dua tahun sebelum berpisah.

Namun hanya seminggu selepas tersebarnya berita perpisahan Jennifer Lopez dan kekasihnya itu, Jennifer yang berusia 44 tahun itu kini dikhabarkan telah menemui teman lelaki baru.

Menurut laporan beberapa akhbar, teman baru Jennifer itu juga merupakan seorang penari iaitu bintang dari rancangan popular 'Dancing With the Stars' yang bernama Maksim Chmerkovskiy.

"Mereka telah menjadi sahabat baik dan sering berbual bersama," kata satu sumber kepada majalah People.

Jennifer Lopez dan Chmerkovskiy, 34, mula berkenalan melalui rakan yang baik Jennifer iaitu Lea Remini yang muncul pada musim ke-17 Dancing With the Stars.

Mereka berdua kemudiannya menari bersama-sama pada American Music Awards 2013. Mereka telah saling berhubungan sejak itu dan menjadi semakin rapat.


Edited by;
Farahhasina