expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, June 13, 2014

JENNIFER GARNER TAK TAHAN SIKAP KAKI JUDI BEN AFFLECK



Pasangan pelakon popular Hollywood Ben Affleck dan isterinya, Jennifer Garner kini menghadapi masalah yang semakin meruncing.

Ia tiada kaitan dengan orang ketiga atau apa-apa masalah dalam hubungan mereka tetapi semuanya berpunca dari sikap Ben Affleck sendiri yang rupa-rupanya kaki judi. Kini ketagihan judi Affleck semakin kritikal hingga membuat isterinya Garner tidak senang hati.

Sebelum ini Affleck telah diboikot seumur hidup dari satu kasino di Vegas kerana penipuan kiraan kad. Terbaru beliau telah ditendang keluar dari satu kasino yang lain di Windsor, Ontario, yang mana ia berlaku 10 minit sebelum penggambaran filem lakonannya, Batman v Superman di Detroit.

Menurut laporan sebuah akhbar, "Rambutnya kelihatan kusut masai dan dia kelihatan sangat bercelaru," kata seorang saksi. "Dia duduk dan bermain untuk kira-kira 20 minit sebelum pengawal keselamatan mengetahui dia berada di situ. Pengawal keselamatan itu menyuruh mereka berhenti bermain dan mengarahkan Affleck supaya meninggalkan tempat itu"

Seorang lagi saksi melihat dia berjudi di sebuah hotel di Detroit, dan bersetuju bahawa dia huru hara pada masa itu. Menurut satu sumber, Garner yang pada awalnya telah merancang untuk membawa anak-anak mereka melawat Affleck di Detroit, kemudiannya membatalkan hasrat tersebut. 

Ini kerana Garner tidak mahu menjadi seperti tunggul dan hanya menjadi pengasuh pada anak-anak mereka sedangkan Affleck sibuk dengan hobinya itu. 

Sumber itu menambah bahawa Garner kini sangat kebingungan dengan masalah ketagihan judi suaminya malahan sangat tertekan dengan kejadian memalukan di Las Vegas itu."

Menurut laporan satu sumber lain, mengatakan bahawa Affleck mungkin perlu mendapatkan bantuan untuk mengatasi masalah ketagihan judi dirinya yang semakin kronik itu.


Edited by;
Farahhasina