expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, June 13, 2014

AYU RAUDAH TETAP BERSYUKUR KAHWINI ZAQUAN ADHA


Awal minggu ini pelbagai kontroversi melanda pasangan pelakon Ayu Raudah dan suaminya yang kacak, Zaquan Adha. Semuanya bermula apabila Zaqwan dikatakan bermain cinta dengan perempuan lain menerusi aplikasi WeChat dan Instagram. 

Memburukkan keadaan apabila bukti perbualan antara Zaquan dan perempuan itu telah tersebar luas di media. Perkara ini pasti menyakitkan hati pelakon jelita Ayu Raudah apabila pelbagai kritikan diberikan oleh media dan peminat. Namun, Ayu Raudah nyata tidak cepat melatah.

Sebelum ini kami telah memaparkan tentang Ayu Raudah yang tampail menafikan tentang ID WeChat yang didakwanya bukan milik Zaquan. Namun, Ayu Raudah tidak lagi membuat penafian apabila tampil pula saksi baru yang turut mendakwa tentang perkara yang sama. Ramai menyangka Ayu pasti melenting dengan keadaan itu namun dia tetap tenang dengan segala kontroversi yang melanda rumah tangganya.

Terbaru, pelakon itu tampil memberikan satu kenyataan melalui akaun Instagram. Ayu menyatakan sokongannya terhadap suaminya itu atas apa yang terjadi selain melahirkan rasa syukur.

“Alhamdulillah I sentiasa bersyukur bersuamikan Mohamad Zaquan Adha, no matter what people said! I percaya apa Allah berikan adalah yang terbaik untuk kita sama ada dugaan atau nikmat kebahagian dan semoga Allah memberi kita kekuat menghadapi segala dugaan-Nya dan bersyukur dengan segala nikmat kebahagiaan yg Allah berikan,” luah Ayu Raudhah.

Ternyata Ayu Raudah wanita yang baik. Dia sangat tenang menghadapi krisis yang sebegini. Mudah-mudahan berkat kesabarannya, rumah tangga mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.