expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

KLIK PILIH BAHASA

Thursday, June 19, 2014

AMY SEARCH DAH FED UP




Pelakon Nabila Huda memang tak pernah sunyi daripada gossip dan kontroversi. Ada saja kisah dirinya yang menjadi bahan bualan dan perhatian peminat industri seni tanah air.

Rentetan daripada kisah Nabila yang baru-baru ini dikatakan pergi bercuti dengan kekasihnya di London, ada pengikutnya di Instagram yang telah mengajaknya menukar agama.

 Semuanya gara-gara gaya hidup Nabila yang sangat sosial itu. Tiada kepastian sama ada pelawaan tersebut adalah benar-benar dilakukan atau hanya sekadar sindiran daripada seorang peminat.

Berhubung isu itu, bapa Nabila iaitu Amy Search telah memberi komen dan mengulas mengenainya secara peribadi. Jika sebelum ini Amy Search pernah memberi komen tentang keseksian anaknya itu, kini dia mengulas lagi mengenai isu kehidupan sosial Nabila.

“Sebenarnya, saya baru tahu perkara ini. Saya dah malas! Saya kini tidak mahu komen apa-apa. Saya hanya akan berkongsi perasaan bersama isteri saya sahaja," kata Amy Search

“Saya tidak akan bercerita kepada media. Dengan siapa dia bersama, di mana dia berada, saya tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Biarlah dia," ujar Amy Search lagi.

Adakah Amy benar-benar malas mengambil tahu dan tidak larat lagi menangani segala kontroversi anaknya itu, atau dia tidak mahu kenyataannya dimanipulasikan pihak media? Hanya Amy yang lebih tahu tentang niat sebenarnya.



By,
Farahhasina