expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 19, 2014

'PONTIANAK' HANDSOME TEMUI CINTA BARU


Pelakon yang sinonim dengan watak pontianak kacak, Robert Pattinson kini telah menemui cinta baru setelah berpisah dengan bekas kekasihnya, Kristen Stewart. Pelakon yang popular menerusi filem sensasi 'Twilight' itu kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan penyanyi genit Katy Perry.

Baru-baru ini, Pattinson yang berusia 28 tahun itu dilihat bersama Katy dalam sebuah parti selepas tayangan perdana filem terbarunya.

Menurut saksi, pasangan Pattinson dan Katy, 29,  kelihatan sangat mesra berdampingan bersama selepas tayangan perdana filem 'The Rover' pada 12 Jun di Los Angeles.

Selepas Pattinson dilaporkan melayani para peminatnya di karpet merah, dia telah keluar daripada tayangan perdana itu dan terus sahaja ke sebuah parti di W Hotel untuk menemani Katy.

"Apabila Pattinson melihat Katy, matanya bersinar dan dia nampak sangat gembira melihat Katy yang kelihatan begitu cantik mengenakan gaun lace hitam. Mereka terus berpelukan dan berciuman," kata beberapa saksi.

Hubungan mereka kini dikatakan sangat serius kerana dilihat berpelukan dan benar-benar menyukai antara satu sama lain. Pattinson nampak tidak berminat pada mana-mana wanita lain di parti itu. 

Menurut sumber itu, terdapat sekurang-kurangnya 10 wanita jelita yang cuba mendampinginya semasa parti itu, namun tumpuannya hanya pada Katy. Dia terus-terusan mencium Katy semasa parti tersebut.

Apabila parti itu hampir berakhir kira-kira pukul 12:30, Pattinson dan Katy kelihatan masih bersama seolah-olah sukar dileraikan.

"Apabila Katy bangun dari sofa di situ, Robert berjalan ke arahnya. Mereka berciuman dan saling berpelukan lagi," kata saksi yang melihat keintiman mereka.

Pasangan ini cuba menyembunyikan hubungan mereka dan menjauhi pihak media, namun jelas sekali mereka gagal menyembunyikan perasaan masing-masing apabila bersama walaupun perlakuan mereka disaksikan banyak pihak.


Edited by;
Farahhasina