expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 19, 2014

DIANA DANIELLE BENGANG NORA DANISH PEGANG TANGAN FARID KAMIL




Nampaknya ada lagi cerita kontroversi melibatkan pelakon jelita Nora Danish. Mungkin kerana populariti Nora Danish kini, terlalu banyak kisah-kisah sensasi yang melibatkan dirinya.

Terbaru, khabarnya Diana Danielle melahirkan rasa tak puas hati terhadap Nora Danish kerana satu gambar yang dimuat naik oleh Nora Danish untuk promosi filem terbarunya, 'Pengantin Malam'

Rasa tidak puas hati Diana itu berpunca daripada gambar Nora Danish yang memegang tangan Farid Kamil dan dimuat naik oleh Nora Danish sendiri. Melalui akaun Instagramnya, Diana menyatakan rasa tidak puas hatinya dan mempersoalkan tindakan Nora Danish itu. 

Menerusi kenyataan itu, Diana mempersoalkan mengapa Nora Danish memuat naik gambar dia memegang tangan suaminya sedangkan terdapat banyak gambar lain yang boleh dimuat naik oleh Nora.

“Banyak lagi gambar yang lebih elok boleh di’upload untuk promosi filem kamu, gambar pegang tangan suami saya juga nak dikongsi. Oh faham, mungkin itu akan membuat orang teruja untuk tengok filem kamu. Hati oh hati, sabarlah,” begitulah luahan Diana Danielle.

Kenyataan Diana itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada peminat. Namun kebanyakan mereka nyata tidak berpuas hati dengan kenyataan itu kerana bagi mereka Diana yang juga seorang pelakon seharusnya lebih memahami karier seni suaminya itu.

By,
Farahhasina