expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, June 4, 2014

SEKOLAH DI AMERIKA BEKALKAN KONDOM PADA KANAK-KANAK 12 TAHUN



WASHINGTON: Sebuah sekolah di Oregon memberi kebenaran kepada para gurunya untuk mengedarkan kondom kepada pelajar-pelajar seawal usia usia 12 tahun.

Penguasa Rick Hensel berkata dia dan pihak Lembaga Sekolah sangat prihatin mengenai kadar kes hamil pada usia remaja selepas kejadian 9 orang remaja termasuk seorang yang masih menuntut di sekolah menengah hamil di bandar Gervais daerah Oregon, lapor akhbar Washington Times.

Menurut suatu kajian yang dijalankan oleh Oregon Health & Science University, 7 peratus daripada pelajar sekolah menengah di Gervais telah hamil. Daripada jumlah ini, 40 peratus dari mereka membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah atau hanya sesekali menggunakan kondom semasa melakukan hubungan seks.

Tindakan ini dilihat sebagai suatu langkah untuk memastikan para remaja tidak 'terbabas' sehingga hamil pada usia yang tidak sepatutnya. Walau bagaimanapun, menurut Rick Hensel lagi, para guru dan kaunselor hanya akan mengedarkan kondom sekiranya diminta oleh pelajar.

Ibu bapa memberi pelbagai reaksi terhadap langkah ini, di mana ada antara mereka yang tidak pasti tentang perasaan mereka manakala sebahagian yang lain menyokong tindakan ini.