expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 5, 2014

NAD ZAINAL PILIH HEFNY SAHAD, AZWAN KOMBOS GIGIT JARI



TINGGAL KENANGAN; HUBUNGAN NAD DAN AZWAN TELAH BERAKHIR


CINTA HATI BARU NAD ZAINAL; NAD DAN HEFNY MENGAKUI MEREKA KINI KEKASIH

Dahulu ramai peminat seni hiburan tanah air yang mengetahui tentang kisah percintaan antara pelakon comel Nad Zainal dan pelakon baru di bawah naungan MIG, Azwan Kombos. Mereka menyulam hubungan cinta selama lebih kurang 2 tahun sebelum hubungan tersebut dilanda badai akibat kehadiran orang ketiga.
 
Azwan Kombos sendiri baru-baru ini menyatakan bahawa pelakon Hefny Sahad yang menjadi punca berakhirnya hubungan cintanya dan Nad Zainal. Beliau berani membuat pengakuan itu apabila bekas kekasihnya itu pernah memberitahu bahawa Hefny Sahad pernah cuba memikatnya melalui mesej-mesej yang dihantar.

"Saya sudah nasihatkan Nad supaya jangan layan sekiranya tidak suka. Saya tidak sangka akhirnya hati Nad berubah juga dan perkara itu telah menjadi punca hubungan kami berkecai. Pada mulanya saya memang tidak mahu kaitkan Hefny kerana tidak mahu dikatakan meraih publisiti daripada kontroversi ini" jelas Azwan.

Azwan juga berkata bahawa beliau pernah bertanya pada Nad dan Hefny tentang hubungan mereka namun mereka berdua telah menafikan. Akhirnya segala desas desus tentang hubungan Nad Zainal dan Hefny Sahad terbongkar apabila Hefny membuat kenyataan bahawa beliau kini sedang menjalin hubungan cinta dengan Nad Zainal dan kenyataan itu telah disahkan oleh Nad sendiri. 

Pengakuan tersebut membuat Azwan Kombos terkejut walaupun tahu bahawa segala tekaannya selama ini adalah tepat. Walau bagaimanapun Nad Zainal tetap menafikan perkara tersebut dan menegaskan bahawa musnahnya hubungan mereka bukan berpunca dari Hefny tetapi disebabkan masalah mereka sendiri.