expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, July 18, 2014

CAHRLIZE THERON DAN SEAN PENN PULA BAKAL BERKAHWIN


Nampaknya sekarang ni memang musim perkahwinan selebriti Hollywood. kalau sebelum ini kami siarkan berita perkahwinan Jennifer Aniston, kini aktres Charlize Theron dan Sean Penn pula dilaporkan merancang untuk mendirikan rumah tangga di Afrika Selatan pada musim panas ini. 

Pasangan ini juga telah menyuarakan hasrat untuk mengambil anak angkat bersama-sama dalam masa terdekat. 

Charlize Theron dan Sean Penn mula menjalin hubungan selama lapan bulan tetapi mereka benar-benar serius mahu membawa hubungan mereka ke peringkat seterusnya. Penn ingin mengahwini Theron di negara asalnya, iaitu Afrika Selatan di mana Penn juga mengarahkan filem terbaru Theron "The Last Face" di sana. 

Contactmusic.com memetik laporan satu sumber sebagai berkata, "Mereka telah merancang untuk berkahwin tidak lama lagi,"  

Theron, yang mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun  bernama Jackson, dilaporkan mahu mengambil anak angkat bersama dengan aktor berusia 53 tahun itu sebaik sahaja selepas mereka melafaz ikrar janji perkahwinan.

"Charlize sentiasa mahu mempunyai anak lain," kata sumber itu lagi.