expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, July 7, 2014

HIDAYAH RAMADAHAN UMIE AIDA

Ramadhan memang bulan penuh barakah. Rakan artis juga banyak beramal dan berhijrah sepanjang bulan suci ini. Jika sebelum ini, berita Neelofa tampil berhijab dan model seksi Felixia Yeap sah memeluk Islam menyejukkan hati para peminat seni tanah air, kini pelakon popular Umie Aida pula menerima hidayah bulan Ramadhan ini apabila dia secara rasmi berhijrah dan kini sudah berhijab.



Umie Aida yang tampil ayu jelita dengan imej barunya berkata beliau kini lebih tenang memakai hijab secara penuh selain ianya lebih selesa dan menyeronokkan. Umie memberitahu bahawa Ramadhan menjadi satu dorongan kuat buat dirinya untuk terus berhijab.

“Penyertaan saya dalam kelas agama sejak tahun lalu banyak membuka hati dan mata membuat keputusan ini. Saya bukan saja tenang apabila bertudung, malah imej ini membuatkan saya jadi seronok dan selesa. Perasaan jatuh cinta untuk memakai tudung itu semakin menebal,” kata Umie.

“Ketika menunaikan solat tarawih, perasaan hendak memakai tudung bertambah. Tak lengkap hari tanpa mengenakan tudung. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berimej begini dan saya sudah bersedia seratus peratus,” tambah Umie lagi.

Bercakap tentang soal rezeki pula, Umie berkata bahawa dia tidak takut dan risau walaupun kini dia sudah berhijab. Baginya perkara itu tidak akan menyekat rezekinya. Perasaan cintanya untuk berhijab dan menutup aurat mengatasi segalanya.