expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, December 28, 2014

AKSI TIDAK BERPAKAIAN HEROIN HARRY POTTER DAPAT KRITIKAN


Bintang filem Harry Potter, Emma Watson dilaporkan telah mula beraksi tanpa pakaian bagi filem terbarunya yang berjudul 'Regression'.

Namun begitu, aksi tersebut dilaporkan telah mendapat kritikan hebat daripada pengkritik filem. Menurut akhbar The Sun, para pengkritik menyifatkan aksi tersebut sebagai "tidak berguna dan tidak berkesan" dalam babak yang dipaparkan menerusi filem tersebut.

Emma atau nama sebenarnya Emma Charlotte Duerre dilihat mempamerkan buah dadanya dalam satu babak bagi filem tersebut namun sebahagian daripadanya telah dikaburkan.

Dalam filem 'Regression' ini, pelakon berusia 24 tahun itu membintangi filem tersebut di samping aktor kacak, Ethan Hawke.