expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, July 7, 2014

SELEPAS CAPAI KETENANGAN FELIXIA YEAP MULA DEDAH WAJAH KEKASIH

Ramadhan kali ini jelas mencatat pelbagai sejarah buat Felixia Yeap. Selepas memperoleh ketenangan setelah melafazkan 2 kalimah syahadah pada 3 Julai lalu, Felixia Yeap atau nama Islamnya Raisyyah Rania Yeap Chin Yee telah sekali lagi menggemparkan orang ramai dengan mendedahkan wajah kekasihnya.

Pendedahan itu dibuat hanya sehari selepas Felixia sah bergelar seorang mukmin. Gambar k
ekasih bekas model Playboy ini yang berbangsa Melayu dikatakan mempunyai personaliti yang agak warak.



Ramadhan kali ini jelas mencatat pelbagai sejarah buat Felixia Yeap. Selepas memperoleh ketenangan setelah melafazkan 2 kalimah syahadah pada 3 Julai lalu, Felixia Yeap atau nama Islamnya Raisyyah Rania Yeap Chin Yee telah sekali lagi menggemparkan orang ramai dengan mendedahkan wajah kekasihnya.

Pendedahan itu dibuat hanya sehari selepas Felixia sah bergelar seorang mukmin. Gambar kekasih bekas model Playboy ini yang berbangsa Melayu dikatakan mempunyai personaliti yang agak warak.

Pendedahan gambar tersebut tersebar meluas di media sosial. Lelaki bernama Raja Zainal Badri itu dikatakan seorang kenamaan yang berasal dari Kuala Lumpur. 

Beliau merupakan anggota kerabat diraja Selangor dan anak saudara kepada Raja Nong Chik. Pada masa ini, beliau merupakan presiden Kelab Kuala Lumpur Drumline Corps (KLDC). 

Raja Badri dikatakan mempunyai hobi dalam sukan lumba kereta di mana beliau adalah seorang pelumba kereta mewah jenis Porshe.

Walaupun berlainan bangsa, namun pasangan ini kelihatan begitu mesra dan serasi bersama dalam gambar-gambar yang jelas menunjukkan kebahagiaan mereka.