expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, July 25, 2014

VIDEO LAGU ' JAGA DIA UNTUKKU' DEDIKASIKAN UNTUK KELUARGA MANGSA MH17


Tragedi yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 sehingga mengorbankan 298 nyawa yang tidak berdosa pastinya mendapat simpati seluruh masyarakat dunia.

Tidak terkecuali merasa simpati dan bersedih dengan insiden tersebut ialah penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Malah, Siti turut mendedikasikan album terbaharunya, Fragmen yang mengandungi lagu balada ‘Jaga Dia Untukku’ kepada seluruh ahli keluarga dan waris penumpang dan anak kapal MH17.

Memetik Astro Awani, Siti berkata, “kebetulan album ini diterbitkan ketika Malaysia berdepan berita sedih ini dan ketika umat Islam di Gaza berdepan dengan penindasan oleh Israel, saya seakan dapat merasai perasaan yang sama dengan apa yang dilalui oleh ahli keluarga ketika suami saya terlibat dalam kemalangan tahun lepas”.

“Saya dedikasikan lagu Jaga Dia Untukku dan juga album Fragmen ini kepada ahli keluarga ataua mereka yang melalui saat menyedihkan ketika ini agar sedikit sebanyak dapat memberi mereka semangat,” katanya lagi.

Pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia selepas ditembak jatuh oleh puak pemisah pro Rusia, Khamis lalu.