expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, July 19, 2014

SHAKIRA JADI SELEBRITI WANITA PERTAMA DAPAT 100 JUTA LIKE DI FACEBOOK


Penyanyi sensasi Shakira baru-baru ini menjadi selebriti wanita pertama mencapai 100 juta 'like' di Facebook yang sekaligus meletakkannya sebagai artis paling disukai di rangkaian laman sosial.

Penyanyi yang pernah memenangi anugerah Grammy itu berkata bahawa dia sangat berbesar hati dengan pencapaian itu di media sosial, khususnya Facebook yang telah membantu beliau dan artis lain merapatkan jurang antara pentas dan penonton. Demikian lapor majalah People.

Mark Zuckerberg, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook juga kagum dan telah menulis, "Tahniah! Satu pencapaian yang luar biasa juga bagi orang yang luar biasa" dalam ulasan pada halaman penyanyi itu.

Untuk memberi penghormatan kepada pencapaian beliau, penyanyi yang berasal dari Colombia ini telah memuat naik video retrospektif detik-detik bersama Facebook nya sepanjang tahun.

Ini termasuklah kerja-kerja amal beliau, cover album, gambarnya ketika hamil dan gambar comel anaknya, Milan, serta video penghargaannya pada peminat atas sokongan mereka.