expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, August 5, 2014

ANJING LADY GAGA, ASIA TAK BOLEH MASUK ASIA


Anjing kesayangan bintang pop, Lady Gaga yang bernama Asia telah diharamkan dari bersamanya untuk jelajah konsert "ArtRave: The Artpop Ball" bulan ini kerana peraturan kuarantin yang telah dikenakan ke atasnya.

Penyanyi sensasi berusia 28 tahun itu telah memohon untuk mengadakan siri jelajah itu dengan membawa bersama anjing baka bulldog kesayangannya yang bernama Asia itu akhir bulan ini.

Walau bagaimanapun, dia telah diberitahu oleh pihak berkuasa haiwan kesayangannya itu terpaksa tinggal di Amerika Syarikat, demikian menurut laporan contactmusic.com.

Lady Gaga yang nyata kecewa dengan berita itu telah menulis dia akaun Twitter, miliknyanya: "... Mereka tidak membenarkan Asia ke Asia kerana beberapa peraturan kuarantin. Saya tidak tahu apa yang saya akan lakukan tanpanya di Tokyo kerana saya mempunyai begitu banyak rancangan!"

Gaga, yang akan menamatkan siri jelajah di Amerika Utara minggu ini, telah bersedia untuk membuat persembahan selama dua malam di Stadium Marin Chiba di Tokyo pada 13 Ogos dan 14 Ogos sebelum menuju ke Seoul, Korea Selatan, untuk persembahan di Stadium Olimpik pada 16 Ogos ini.

Penyanyi lagu "Applause" itu baru-baru ini berkata beliau mempunyai pertalian yang sangat istimewa dengan anjingnya itu dan mengatakan bahawa dia dan anjing itu boleh berkomunikasi dengan menggunakan bahagian-bahagian badan yang berbeza.