expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, August 5, 2014

RUMAHTANGGA BEYONCE DAN JAY Z KINI DI AMBANG PERCERAIAN


Desas-desus mengenai keretakan rumahtangga pasangan Beyonce Knowles dengan Jay Z kini dilaporkan semakin meruncing.

Kepincangan hubungan pasangan ini juga semakin mendapat liputan hebat apabila dilaporkan telah tinggal di hotel yang berasingan sewaktu mereka menjayakan konsert jelajah bersama mereka.

Beyonce, 32, dan Jay Z, 44, yang pernah disenaraikan sebagai paling berpengaruh oleh Forbes ini dikatakan menginap di hotel yang berbeza ketika menjayakan konsert jelajah dunia mereka 'On The Run' ketika rumahtangga mereka sedang berada di ambang kemusnahan.

"Mereka tidak hanya tinggal di bilik hotal yang berlainan, tetapi juga hotel yang berbeza, dan mereka datang secara berasingan setiap kali menjayakan persembahan," menurut satu sumber.

"Pasangan ini bagaimanapun bijak melakonkan watak sebagai pasangan yang romantik di atas pentas, namun hakikatnya mereka mendapatkan khidmat sesi kaunseling menerusi video chatting," kata sumber itu lagi


Beyonce dan Jay Z telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2008 dan dilaporkan mempunyai masalah perkahwinan yang besar berikutan beberapa penipuan dan kecurangan yang dilakukan oleh Jay Z sehingga rumahtangga mereka kini dikatakan porak peranda.
 
Jay Z didakwa pernah curang dengan isterinya bersama beberapa wanita terkenal seperti Rachel Roy, 40, dan penyanyi sensasi Rihanna, 26.