expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, August 20, 2014

LADY GAGA MAHU KAHWIN DI ANGKASA LEPAS


Penyanyi Lady Gaga merancang melangsungkan perkahwinannya dengan kekasih yang juga pelakon, Taylor Kinney di angkasa lepas pada awal 2015.

Penyanyi berusia 28 tahun itu mahu majlis berkenaan diadakan ketika dia menaiki pesawat Virgin Atlantik yang akan dikemudi pemilik pesawat itu sendiri, Sir Richard Brandson.

“Gaga dan Kinney mahu melafazkan ikrar perkahwinan dan berpendapat penerbangan ke angkasa lepas itu peluang terbaik untuk berkahwin.

“Perkahwinan itu sudah pasti tidak seperti majlis perkahwinan biasa. Tidak akan ada paderi di majlis itu. “Tetapi, bagi mereka ketiadaan paderi bukan penting. Yang utama, lafaz ikrar sehidup semati sebagai suami isteri,” kata satu sumber yang rapat dengan Gaga.

Penyanyi berkenaan juga merancang mengadakan persembahan dalam penerbangan khas ke angkasa lepas itu dengan harga tiket mencecah RM791,000 setiap seorang. Gaga dikatakan akan mengambil peluang menyebarkan mesej cinta pada kesempatan itu.

“Membuat persembahan di angkasa lepas satu penghormatan. Saya mencabar diri saya untuk membangkitkan sesuatu yang bukan saja akan menyatukan orang ramai, tetapi juga mempunyai mesej cinta,” katanya.