expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, August 19, 2014

NABILA HUDA SERIK CERITA KISAH PERIBADI


Pelakon sensasi yang sentiasa diburu gossip panas, Nabila Huda yang ditemui semasa majlis sidang media filem ‘Saloma‘ yang bertempat di Saloma Bistro kelmarin menjelaskan dia tidak mahu lagi bercakap atau menyentuh soal peribadinya lagi dan kini lebih selesa untuk bercakap mengenai karier lakonan sahaja.

Apabila menyentuh soal peribadinya, dia hanya mengungkapkan kata-kata maaf & next question please itu sahaja yang mampu dikatakannya kini selepas sekian lama bersikap ‘terbuka‘ dan setelah itu dia mengambil jalan untuk tidak lagi menyentuh soal peribadinya.

Walaubagaimanapun, kerjayanya sebagai pelakon kian utuh apabila pada 28 Ogos 2014 anda semua bakal menyaksikan dia yang akan membawakan watak sebagai biduanita negara, Puan Sri Saloma dalam dua bahagian filem ini iaitu yang pertama ialah ‘Mencari Guruh‘ dan bahagian kedua, ‘Pandang Kaseh‘.

Nabila Huda yang pada mulanya tidak percaya akan kemampuan dirinya untuk membawakan watak sebagai ‘Saloma‘ kini tersenyum puas hati apabila filem ini telah berjaya dihayatinya dan dilakonkannya dengan baik.

“Alhamdulillah saya mula-mula tak percaya apabila ditawarkan watak ini, kerana bukan senang untuk seseorang itu menjiwai watak seorang ikon yang telah meninggal dunia dan bukan berada dalam situasi pada tahun 50an sehingga ke era 80an”

“Saya bersyukur sepanjang proses penggambaran ini banyak yang membantu saya dari segi gerak tari, lagu-lagu dan sebagainya,“ ujarnya ringkas.