expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, August 2, 2014

STACY DAN AKIM BERPAKAIAN SEDONDON, SAMBUT RAYA BERSAMA


SEHINGGA ke hari ini, penyanyi Akim Ahmad tidak pernah mengaku yang dia dan Stacy merupakan pasangan bercinta.

Jika ditanya, jawapannya lebih kepada jawapan selamat iaitu, ‘senang berkawan’.

Tetapi, kalau dilihat pada gambar raya yang dimuatnaik Stacy di akaun Instagramnya, mungkin kita sudah boleh membuat kesimpulan bahawa sememangnya ada sesuatu yang istimewa antara kedua-duanya.

Kalau sudah berpakaian sedondon, apa maknanya ya?

Turut dilihat bersama, anak angkat Stacy iaitu Bella Deluna Valentina.

Sekali tengok dah macam keluarga bahagia pula kan?

Kalau betul berpacaran, tahniah kami ucapkan dan diharapkan hubungan itu akan terus mekar hingga ke jinjang pelamin…