expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, September 25, 2014

FILEM DISNEY 'FROZEN' DISAMAN 250 JUTA DOLAR


Seorang penulis telah membuat tuntutan saman ke atas pengeluar filem animasi tersohor dunia, Disney dengan tuntutan sebanyak 250 juta dolar selepas menuduh filem popular Disney, 'Frozen' adalah satu hasil plagiarisma

Penulis bernama Isabella Tanikumi itu berkata bahawa Disney telah mengambil kisah hidupnya dalam filem hit animasi itu

Tanikumi mendakwa filem itu sebenarnya bukan berdasarkan kisah dongeng Hans Christian Andersen, "The Snow Queen" tetapi ia merupakan autobiografi yang dihasilkannya pada tahun 2010 . Dalam autobiografi itu, dia telah menceritakan kisah hidupnya yang membesar di pergunungan Andean, Peru.

Tanikumi membuat tuntutan saman itu kerana merasakan tindakan Disney menjadikannya sebuah filem animasi telah merosakkan hidupnya.