expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, December 28, 2014

HUBUNGAN ADELE DAN PASANGANNYA KINI RETAK MENANTI BELAH


Penyanyi Adele kini telah tinggal berasingan pasangannya, Simon Konecki yang juga bapa kepada anak penyanyi itu.

Penyanyi lagu 'Someone Like You' dipercayai menghabiskan lebih banyak masa di rumahnya di London manakala Simon yang berusia 40 tahun kini tinggal bersama rakan-rakannya di Brighton.

Kali terakhir superstar berusia 26 tahun itu bergambar bersama Simon adalah ketika di sebuah parti Halloween.

Sebelum ini Adele dan Simon berkongsi rumah mewah menghadap laut di Brighton yang bernilai £2500000 (RM 13 602 942.82), namun menurut laporan semalam mereka tidak lagi bertemu sejak 8 minggu lepas.

Simon adalah bapa kepada bayi berusia 2 tahun iaitu Angelo, yang telah dilahirkan oleh Adele pada bulan Oktober 2012.

Bintang itu hanya mengesahkan hubungan mereka pada awal tahun 2012 setelah gambar mereka bercuti bersama-sama berjaya dirakamkan oleh wartawan. Walau bagaimanapun Adele menafikan bahawa mereka telah berkahwin.

Kini, hubungan mereka dihidu bermasalah apabila pasangan ini mula tinggal berasingan. Simon, yang merupakan CEO bagi sebuah badan amal, Drop4Drop kini tinggal di kediamannya sendiri di Brighton manakala Adele pula lebih banyak menghabiskan masa di rumah ibunya di selatan London

Minggu lalu penyanyi itu juga tidak menghadiri majlis perkahwinan rakannya, Elton John bersama pasangan gay nya David Jaksa dan dia hanya menghantar nota memohon maaf di atas kegagalannya menghadiri majlis tersebut.

ADELE YANG KINI DIKATAKAN MEMPUNYAI MASALAH DENGAN BAPA KEPADA ANAKNYA