expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, January 5, 2015

TERDESAK MAHUKAN ANAK, KIM KARDASHIAN AKUI LAKUKAN SEKS BERSAMA KANYE DI MANA SAHAJA


Bintang realiti kontroversi, Kim Kardashian mengakui dia kini akan melakukan apa sahaja untuk hamil dan mempunyai anak kedua bersama suaminya, Kanye West.

Dalam treler terbaru bagi rancangan realiti popularnya 'Keeping Up With The Kardashian' dia banyak mendedahkan bahawa dia telah melakukan hubungan seks dengan Kanye di mana-mana sahaja supaya mereka boleh mempunyai anak kedua dalam masa terdekat.

Ianya kini bukanlah rahsia yang Kim Kardashian dan Kanye West ingin mempunyai anak lagi. Dengan jadual harian mereka yang sungguh padat, mereka perlu mencuba yang terbaik ketika mana-mana jua masa lapang mereka termasuklah melakukan hubungan seks di bilik mandi. 

Perkara itu dibongkarkan melalui soalan oleh kakak Kim iaitu Khloe Kardashian yang tanpa segan silu bertanyakan hal berkenaan di dalam program realiti tersebut.

Keadaan terdesak Kim dan Kanye ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kebelakangan ini mereka sangat terbuka tentang keinginan untuk mendapatkan seorang lagi cahaya mata. 

Mereka telah dilihat keluar masuk berjumpa doktor dengan kerap, dan menurut satu laporan, pasangan ini telah diberitahu oleh doktor bahawa mereka mungkin tidak akan mempunyai anak kedua.

Perkara itu amat merisaukan Kim dan melalui rancangan realiti itu juga, dia dikatakan seolah-olah mencemburui kakaknya Kourtney yang tidak berhenti mengandung dan mampu mendapatkan anak dengan mudah.