expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, January 5, 2015

HANIS ZALIKHA JUGA MENCINTAI HAIRUL AZREEN?


Kisah percintaan pasangan ini yang mula-mulanya tidak langsung kedengaran tiba-tiba sahaja menjadi sebutan semua pihak hanya dalam satu malam. 

Kalau dulu mungkin tak ramai yang tahu tentang kisah mereka, kini satu Malaysia dah heboh mengenainya. 

Semuanya gara-gara lamaran yang dibuat pelakon Hairul Azreen terhadap Hanis Zalikha yang ditayangkan secara live ketika berlangsungnya konsert pentas akhir Gegar Vaganza di saluran Astro.

Nyata sekali tindakan tersebut mendapat pelbagai reaksi dari banyak pihak. Selain daripada peminat yang menganggapnya sebagai romantik, tak kurang pula yang mengkritik. 

Ada yang mengatakan perbuatan itu terlalu berlebih-lebihan dan tak perlu ditontonkan pada umum. Namun dalam hal berkenaan, Hairul telah menjelaskan bahawa ia merupakan kehendak Astro sendiri yang mahukan gimik lain daripada yang lain berlaku dalam program terbitan mereka.

Selain daripada hal berkenaan, ramai juga yang menganggap kata putus yang diberikan oleh Hanis Zalikha tidak datang dari hatinya sendiri tetapi dia terpaksa bersetuju atas lamaran berkenaan demi menjaga maruah Hairul Azreen. 

Mungkin dakwaaan ini berikutan daripada respon yang diberi Hanis sendiri ketika dilamar Hairul. Lebih kurang begini bunyinya dialog antara mereka:

Hairul : Will you marry me?

Hanis: Insyaallah, thank you.

Hairul : Sorry?

Hanis : Yes.

Mungkin juga disebabkan tidak terus menjawab 'yes' menyebabkan banyak pihak membuat spekulasi bahawa Hanis seolah-olah terpaksa memberikan jawapan tersebut dan bukan dengan kerelaan hatinya.

Hanis yang menyedari akan perkara itu telah memberi komen menarik dan menganggap tindakan itu sebagai sesuatu yang sangat 'sweet'

"Terus-terang, mula-mula saya terkejut juga bila dilamar sebegitu rupa. Lagipun saya ni perempuan. Jadi, mestilah saya rasa segan bila lamaran itu datang secara mengejut,"

"Tapi, bila saya tengok VT yang dia sudah pun berjumpa dengan keluarga saya dan meminta restu daripada mereka, saya dapat lihat usahanya itu dan dia tidak membelakangi keluar dia mahu pun keluarga saya.

"Lagi satu bukan Hairul yangmenyarungkan cincin sebaliknya cincin belah rotan itu disarungkan oleh Jihan Musa. Saya rasa apa yang Hairul lakukan itu sangat sweet," kata Hanis Zalikha lagi.

"Sebetulnya, apa yang Hairul lakukan ini bukanlah satu lamaran yang sebenar tetapi bagi saya ia sekadar untuk mengumumkan kepada semua tentang status kami," ujarnya lagi

Selain itu Hanis juga seakan memberi respon terhadap komen orang ramai dengan menulis di akaun Instagram miliknya tentang perkara itu.

“Assalamualaikum semua. I am still replying to my friends and family yang sama-sama terkejut dengan berita baik ini. I am still in bed and Mama is here with me while everyone is still calling her to congratulate and how does a daughter feel eh dengar mak dia sungguh-sungguh merestui pilihan hatinya? Alhamdulillah atas segalanya,”

“Terima kasih kerana dahulukan keluarga saya Hairul Azreen. InsyaAllah, dengan izin Allah, thank you (sudi memperisterikan saya),” tulis Hanis Zalikha.
HAIRUL AZREEN KETIKA MELAMAR HANIS ZALIKHA YANG DISIARKAN 'LIVE'
HAIRUL SERIUS DENGAN LAMARAN YANG DIBUATNYA