Perbicaraan kes cerai pasangan ini telah berlangsung Isnin lalu dalam keadaan tenang di Mahkamah Syariah Wilayah tanpa sebarang liputan dari wakil media.
Izreen mengatakan bahawa segala permasalahan itu kini telah selesai dan mereka berdua tiada lagi sebab untuk bergaduh. Dia dan bekas suaminya akan terus bersahabat baik demi anak mereka, Adrian Umar yang berusia 10 bulan.
Izreen berkata, keputusan untuk untuk berpisah adalah yang jalan terbaik untuk mereka berdua dan dia berjanji tidak akan menyekat bekas suaminya untuk mengambil atau menjenguk anak mereka pada bila-bila masa saja.
Pengesahan yang dibuat Izreen ini mengakhiri segala spekulasi tentang dirinya yang dikatakan telah diceraikan oleh suaminya sewaktu di set penggambaran sebuah drama bersiri di Pulau Pinang yang dinafikan oleh mereka berdua.
Edited By,
Farahhasina