expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, May 18, 2014

SALEHA LEBIH SELERA DENGAN LELAKI MAT SALLEH

May 18, 2014


Pelakon Siti Saleha mengakui yang dia selesa dan hanya meminati lelaki yang mempunyai darah kacukan sepertinya.

Jika diperhatikan bekas-bekas teman lelakinya sebelum ini turut mempunyai darah kacukan, antaranya adik pelakon Sharifah Sofia, Syed Adney Syed Hussein dan Robin Coenraad.

Terbaharu, si cantik manis ini juga mengakui dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka yang memiliki darah kacukan.

Walau bagaimanapun, Saleha enggan mendedahkan nama kekasihnya kepada pihak media dan umum.

“Sejujurnya, selera saya memang lebih kepada lelaki berdarah kacukan. Tapi itu tidak bermaksud saya tak pandang langsung lelaki tempatan,” katanya memetik laporan sebuah akhbar, hari ini.

Mengulas lanjut ciri-ciri yang menyebabkan dirinya jatuh cinta dengan jejaka yang bertaktha di hatinya kini, Saleha, 24, mengatakan kekasihnya seorang yang penyayang dan matang selain mereka serasi di antara satu sama lain.

Walaupun sudah bertemu jejaka idaman, namun aktres ini menegaskan dia masih belum bersedia untuk melangkah ke alam rumah tangga kerana usianya yang masih muda serta belum terfikir ke arah itu.