expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, May 15, 2014

Wanita Bunuh Diri Sempat Muatnaik Status FB


MENERUSI akaun Facebook Teksi Murah Kota Kinabalu Sabah, satu kejadian bunuh diri dilaporkan pada jam 12.30 malam, semalam.

Mangsa, seorang wanita yang dikatakan berasal dari Bongawan itu telah terjun dari tingkat enam sebuah bangunan di sana.

Tidak dapat dipastikan apakah punca yang mendorong wanita ini bertindak demikian, namun seorang pengguna akaun telah berkongsi status terakhir mangsa di ruangan komen.


Ia secara tidak langsung memberi gambaran bahawa wanita ini mungkin sedang mengalami kekecewaan dalam hubungannya dengan seseorang.

Wallahua’lam…

Oleh: ELZA