expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 12, 2014

HARRISON FORD DIKEJARKAN KE HOSPITAL


Pelakon veteran Hollywood Harrison Ford telah dikejarkan ke hospital akibat kemalangan yang terjadi kerana kesilapan ketika melakukan aksi lagak ngeri.

Aktor veteran itu sedang melakukan aksi lagak ngeri bagi penggambaran filem terbarunya, Star Wars: Episod VIII dan tiba-tiba terlanggar pintu hydrolic di set itu.

"Harrison telah beretembung dengan pintu itu dan dia kelihatan lemah serta memegang dadanya ketika dibawa di atas pengusung," menurut laporan satu sumber. Walau bagaimanapun dia kemudiannya memberitahu bahawa kecederaan dadanya itu tidak serius.

"Dia adalah satu bintang besar di Hollywood, jadi kami tidak berlengah lagi dan terus mendapatkan sebuah helikopter untuk menghantarnya yang ketika itu dalam kesakitan kerana kaki aktor itu turut mengalami kecederaan" kata sumber itu lagi.

Barisan pelakon dan krew filem tersebut telah menghentikan penggambaran walaupun mereka baru sahaja memulakan penggambaran untuk babak malam"

Kecederaan Harrison ini juga menyebabkan jadual penggambaran bagi filem tersebut terpaksa dirombak semula bagi menyelesaikan segala masalah yang berlaku.


Edited by;
Farahhasina