expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, June 8, 2014

JIMMY SHANLEY AKHIRI ZAMAN DUDA





Pengacara popular Jimmy Shanley menamatkan zaman dudanya selepas bernikah sekali lagi dengan pasangannya Mariam Jamilah Abdul Jalil. Pasangan ini selamat diijab kabul di Hotel Concorde, Shah Alam pada 7 Jun 2014.

Jimmy, 34, dan Mariam, 27, dinikahkan oleh bapa Mariam, Abdul Jalil Othman dengan wang hantaran RM15,000 dan mas kahwin RM1,000.

Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh menerima 7 dulang hantaran berupa sepasang kasut, sireh junjung, jubah, jam tangan, kemeja, set kelengkapan lelaki dan buah-buahan, manakala Mariam pula menerima 5 dulang hantaran iaitu sebentuk cincin dan mas kahwin, sireh junjung, beg tangan, telefon dan kaca mata serta wangian.

Majlis resepsi pasangan mempelai itu berlangsung di hotel yang sama pada sebelah malam bertemakan warna hijau dan ungu.

Jimmy pernah mendirikan rumah tangga dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan bercerai pada 10 Oktober 2012 setelah dikurniakan seorang cahaya mata, Zahrah Rania Shanley, 3 tahun.


 
 
Edited by
Farahhasina