HOME LIFESTYLE SHARE PROPERTY HOTNEWS ARTIST HEADNEWS SATELLITE PROJECT CARS OIL COMMODITY REPORTS PHOTOGRAPHER QUOTE LOVESTORY RECIPES KITCHEN MIXSALE PHONE GUFFAW SPIRITUAL FLICKS

Moto


Nuffnang

KLIK PILIH BAHASA

Sunday, June 8, 2014

PERKAHWINAN RAHSIA RANI MUKHERJEE





Ramai peminat industri filem Bollywood yang telah mengetahui tentang berita perkahwinan aktress jelita Bollywood Rani Mukherjee yang diadakan secara rahsia pada 21 April yang lalu. Rani Mukerji dan pasangannya, Aditya Chopra telah berkahwin secara rahsia di Itali dalam satu majlis tertutup yang diadakan di sebuah vila mewah di kawasan luar bandar dan hanya dihadiri oleh beberapa saudara terdekat sahaja.

Berita perkahwinan Rani yang dilangsungkan secara rahsia telah mengundang pelbagai tanda tanya kepada semua pihak. Ramai yang berteka-teki mengapa Rani menyembunyikan perkahwinannya. Ini kerana sepupu Rani yang paling dekat dengannya iaitu aktres Kajol juga terperanjat apabila mengetahui berita itu sedangkan selama ini Rani selalu berkongsi segala kisahnya dengan Kajol.
 
Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, suami Rani iaitu Aditya Chopra yang merupakan seorang pengusaha filem ternama tidak sukakan publisiti dan lebih gemar untuk menyimpan segala cerita dirinya secara privasi. Aditya yang berasal dari keluarga Chopra, yang sememangnya disegani di Bollywood memilih untuk merahsiakan perkahwinan itu dari umum dan membuat keputusan untuk mengadakannya secara lebih privasi di Italy. 

Rani yang menghormati pendirian suaminya itu terpaksa menyembunyikan berita perkahwinan itu termasuk daripada pengetahuaan sepupu yang rapat dengannya itu untuk sementara waktu kerana sekiranya berita itu diketahui Kajol, dia tahu bahawa ianya akan terbongkar.

Menurut sumber yang rapat dengan pasangan itu, Rani Mukerji & Aditya Chopra memilih untuk mempercepatkan perkahwinan mereka disebabkan bapa Rani mengalami penyakit jantung yang agak kritikal. Oleh itu mereka terpaksa memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan 'ekspress' mereka itu dalam satu majlis tertutup yang jauh dari media. Walau bagaimanapun Rani berjanji untuk mengadakan majlis rasmi secara besar-besaran tidak lama lagi.

Edited by
Farahhasina

SHARE NOW